suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tulis surat terbuka buat bekas suami, Julia Farhana kongsi gambar hitam putih dalam mahkamah

Julia beri bayangan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz sudah berakhir.

PELAKON Julia Farhana berkongsi luahan terbuka seolah-olah memberi gambaran ikatan perkahwinannya dengan Dr Che Muhammad Hafiz sudah berakhir.

Reda menerima perpisahan tersebut, Julia atau Julia Farhana Marin, 32, mengimbau kembali perjalanan rumah tangga mereka selain mengakui sudah berusaha untuk menjadi isteri terbaik buat Dr Che Hafiz.

"Surat terbuka buat bekas suami, tidak semua yang kita lakukan dapat menjadi sempurna. Ada ketika kita saling menyakiti tanpa niat. Tetapi di sebalik itu, saya harap awak tidak pernah meragui bahawa saya mahu mempertahankan hubungan ini.

Luhan Julia di Instagram. 

"Mungkin ini adalah jalan yang ditakdirkan untuk kita. Sukar untuk menerimanya, tetapi kita sampai ke satu titik di mana perceraian adalah jalan terbaik untuk kita berdua," katanya.

Julia menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya berserta gambar hitam putih yang menunjukkan suasana di dalam bilik mahkamah.

Pelakon ini pada masa sama tidak mahu perpisahan antara mereka menjadi satu penyesalan dalam kehidupan mereka akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana hanya tunggu tarikh mahkamah, perbicaraan kes cerai bermula November ini 

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Che Hafiz buka mulut jawab spekulasi rumah tangga dengan Julia Farhana… “Biasalah ada pasang surut”

Malah, Julia turut menganggap perkahwinan mereka merupakan satu fasa yang cukup bermakna dalam hidupnya.

"Saya harap awak maafkan saya, sebagaimana saya menerima takdir dengan memaafkan awak. Saya tidak mahu membawa rasa dendam dalam kehidupan kita seterusnya.

"Saya sentiasa bersyukur sepanjang kita bersama, segala pengalaman yang membentuk diri kita, pengajaran yang kita peroleh dan diri kita yang pernah wujud sepanjang perjalanan hidup itu. Bukan semuanya sempurna, tetapi itu tidak bermakna segala yang kita lalui tidak membawa makna.

Surat terbuka Julia buat Dr Che Hafiz menyentuh emosi. 

"Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Jaga diri dan terima kasih untuk segalanya, Che Hafiz," luahnya.

Untuk rekod, Julia dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022.

Sebelum itu, Dr Che Hafiz pernah berkahwin dengan pelakon Lufya Omar pada 26 November 2016 sebelum sah bercerai pada 17 Jun 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Laana Haura, 9 tahun.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain