suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jazmy Juma harap drama Dua Nyawa tidak diboikot penonton susulan kontroversi Puteri Balqis

Jazmy enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi drama Dua Nyawa.

PELAKON Jazmy Juma berharap kontroversi membabitkan drama Dua Nyawa tidak menghalang penonton daripada terus menonton naskhah lakonannya itu.

Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, bagaimanpun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana perkara itu sudah melibatkan pihak berkuasa.

"Saya tak rasa orang boikot, insya-Allah. Saya rasa ini ketentuan Ilahi. Dia yang menentukan perjalanan ini dan apa yang berlaku sekarang. 

Jazmy (kiri), Puteri Balqis dan Zarif merupakan barisan pelakon drama bersiri Dua Nyawa.

“Tapi maaf, saya rasa saya tak boleh ulas mengenai perkara ini kerana ia sudah melibatkan polis. Jadi, saya tak boleh nak cakap apa-apa. Kita pun tak tahu apa yang terjadi sebenarnya,” katanya.

Jazmy berkongsi perkara itu pada sidang media drama bersiri Viu berjudul Wali Dalam Tangisan di Petaling Jaya, malam Rabu.

Mengulas mengenai harapannya terhadap setiap naskhah lakonan, Jazmy berharap penonton dapat mengambil iktibar daripada jalan cerita yang dipaparkan pada setiap karyanya termasuk drama berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Jazmy Juma kini bergelar suami, yakin peminat terus sokong meski sudah berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu dia faham tapi kalau dijelaskan lebih selesa“ - Jazmy Juma jaga batas, beritahu isteri babak mesra dengan aktres lain

“Untuk setiap drama yang saya buat, harapan saya agar orang ramai dapat mengambil intipati, sama ada kecil atau besar, kerana dalam cerita itu pun ada pengajaran tersendiri," ujarnya.

Sebelum ini, drama Dua Nyawa menjadi perhatian ramai susulan pendedahan Puteri Balqis yang mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan fizikal apabila sengaja digesel oleh seorang pelakon lelaki di set penggambaran sebuah drama.

Jazmy memegang watak Zafran dalam drama berdiri Dua Nyawa.

Susulan itu, dia membuat laporan polis berhubung isu terbabit pada 20 November lalu dan bapa tirinya, dikenali sebagai Farris, memaklumkan aktres itu turut menyerahkan bukti sokongan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan. 

Sementara itu, pelakon Zarif Ghazi yang dikaitkan dengan isu berkenaan juga dilaporkan sudah membuat laporan polis bagi mempertahankan diri daripada tuduhan tersebut.

Malah, polis telah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Artikel Lain